Friday, April 8, 2011
Tanda ISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikatdi langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
Monday, April 4, 2011
Malam Pertama~~
“Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Saturday, March 26, 2011
10 karekter muslim sejati
Kesepuluh karakter itu adalah :
Salimul Aqidah, Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
Shahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut AlQur’an dan Assunnah serta terjauh dari segala Bid’ah yang dapat menyesatkannya.
Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah kepribadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahwa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).
Qowiyul Jismi, Kuat Fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Alloh SWT.
Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.
Qodirun ‘alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mau bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala kebutuhan hidupnya.
Mujahidun linafsihi, Bersungguh sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimalkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga berdampak baik pada dirinya ataupun orang lain.
Haritsun ‘ala waqtihi, Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. karena waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Alloh SWT.
Munazhom Fii Su’unihi, Tertata dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.
Naafi’un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan dibutuhkan. Keberadaannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.
Mudah-mudahan dengan kesepuluh karakter yang dikemukakan diatas menjadikan kita termotivasi untuk dapat merealisasikannya dalam diri kita.Amin.
Saturday, January 29, 2011
Sifat-sifat isteri yang baik adalah:
1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami,bukannya penghalang.
2 ) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami.Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita.Sikap acuh takk acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah.Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.
3 ) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami.Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami.Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup.Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita.Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah.Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.
4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat.Kalau tidak dilayan,suami akan merasa hampa dan mati jiwanya.Isteri -isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.
5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami.Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri ,tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa.Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.
6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami.Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami.Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i.Isteri hendaklah sentiasa berhias diri,sesuai cara bersolek dan pakaiannya,dan berwangi-wangian di samping suami
Ref: http://akanmati.wordpress.com/2009/08/07/diantara-6-ciri-ciri-utama-isteri-yang-solehah
Ref: http://akanmati.wordpress.com/2009/08/07/diantara-6-ciri-ciri-utama-isteri-yang-solehah
Monday, January 10, 2011
Memulih dan meningkat kecerdasan akal
>Penawar untuk memperbaiki hati dan menolak reraguan
- Memakan makanan dan minuman yang halal
- Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah
- Memakan makanan dan minuman yang halal
- Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah
- Memelihara anggota zahir seperti mata, telinga, tangan dan kaki daripada terbabit dengan perkara yang dilarang Allah
- Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin
- Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin
- Mengatur diri dengan pelaksanaan ilmu pengetahuan
- Menjaga rahsia
- Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan
>Ubat hati
- Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
- Sederhana dalam makan dan minum
- Selalu qiyamullail
- Bergaul dengan orang soleh
- Beristighfar di malam sebelum Subuh
>Menambah kecerdikan akal
- Sering berada di samping ulama
- Gigih mencari ilmu
- Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa
- Meninggalkan perkara yang sia-sia
(Dipetik dari buku: Bimbingan Kecemerlangan Diri - Panduan Mencerdaskan Minda tulisan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood terbitan Telaga Biru)
- Menjaga rahsia
- Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan
>Ubat hati
- Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
- Sederhana dalam makan dan minum
- Selalu qiyamullail
- Bergaul dengan orang soleh
- Beristighfar di malam sebelum Subuh
>Menambah kecerdikan akal
- Sering berada di samping ulama
- Gigih mencari ilmu
- Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa
- Meninggalkan perkara yang sia-sia
(Dipetik dari buku: Bimbingan Kecemerlangan Diri - Panduan Mencerdaskan Minda tulisan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood terbitan Telaga Biru)
Ref: copy n paste dari METRO
Wednesday, December 1, 2010
pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri
Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanitasebagaiisteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya.Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:
1. Bertenang Ketika Memulakan JimaApabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam farajisteri,bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membacaBismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, danInsyaAllahisteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapaikepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepadaisteri-isterinyaagar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkankepada isterinya engkau dengan tenang .
2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah SepenuhnyaDari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. adamencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukansaja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnyajimak kerana mengikut cara Rasulullah s.a.w., kernalah iajuga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkankenikmatan pada wanita kerana bersatunyanafas, kenikmatanyang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidakdilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawaisteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima olehsuaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihanmulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.
3. Paling Selesa Berada Di BawahPosisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteridalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawahsuami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anakitu milik yang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah yangpaling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukanperhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suamiitu besar pun, posisi inilahyang terbaik bagi menampungnya, keranapeha boleh dihamparkan selebar mungkin.
4. Seburuk-buruk Kedudukan BerjimaPosisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatanialahkeadaan dimana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentangsementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suamiakan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segikesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habisdan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkansuami mati pucuk juga oleh perubatan moden.
5. Cara Mendapat AnakAda petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil,sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya(kelentit).Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kenamengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat modenini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermaknasekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yangtinggi padaisterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segianak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki, danini dipersetujui juga oleh perubatan moden.
6. Jima Yang Puas Mengawet WajahMenurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing~Banyak bukti yangmenunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda.Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi.Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkanprosesmenjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebihbenseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupatetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanyarasa terisi, gembira dan tenang.
7. Mengemut Ketika Buang Air KecilBila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencingtertahan,kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawalpundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan danmempertingkatkan tenaga jima
8. Menyusukan Anak Menyempitkan FarajMenurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikalantarapayudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukansaja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim,tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, ototfaraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecildan tegang seperti sebelum melahirkan.
Thursday, October 7, 2010
Beruntungnya jadi Isteri
Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi
Sumber: http://terkinibersama.blogspot.com/2009/05/beruntungnya-jadi-isteri.html
Sumber: http://terkinibersama.blogspot.com/2009/05/beruntungnya-jadi-isteri.html
Subscribe to:
Posts (Atom)






